Saturday, August 15, 2009

ayuh bantu palestin!




Assalammualaikum semua~

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat2 hendaknya 
Dalam kita bergembira menjalani kehidupan di bumi Wellington ini, pernahkah anda terfikir bagaimana pula dengan saudara-saudara kita di Palestin?

Pernahkah anda terfikir untuk membantu saudara-suadara Palestin kita tetapi tidak tahu bagaimana caranya?

Jangan bimbang, kami ada satu cadangan!
Bersempena dengan Roadshow Palestin New Zealand 2009 ini, kami melancarkan tabung khas untuk Palestin. Pemberian sumbangan boleh diberikan samada dalam bentuk bantuan kewangan ataupun barangan. Antara barang yang boleh disumbangkan termasuklah hasil karya lukisan (kami pasti ramai yg kreatif2 dan berbakat ni), barangan elektrik(heater, printer, periuk nasi etc), gadget elektronik(rase2 kalau korg dh xnk pkai iPod korg tu :P), baju(oh tp bukan costume korg pkai smlm tu yek ;P. Sisters2 yg ade byk tudung2 or selendang2 yg x pakai2 pn etc), buku-buku (buku2 ilmiah mahupun novel2 yg menarik) atau apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk disumbangkan. Hasil kutipan barangan akan dilelongkan pada hari kemuncak Ayuh Bantu Palestin (ABP) di Wellington yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2009. Hasil duit lelongan akan disalurkan ke dalam tabung Palestin. Segala penyerahan barangan boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga tarikh 26 Ogos 2009. Ayuh rakan-rakan!!! sama-samalah kita menghulurkan bantuan, walaupun nilainya kecil dimata kita tetapi amat bermakna buat saudara kita di sana.
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui".
(Al-Baqarah: 261)

Ingat ye, barang2 yg disumbangkan akan dilelongkan. So bear in mind, bila nk donate barang2 tu, sila tnya pada diri sendiri ”rase2nye, ade org x nk beli brg2 ak ni?”.
Kutipan barang akan dibuat pada hari esok, Ahad,16 Ogos 2009.Jangan bimbang, kami akan dating ke rumah andar untuk pick up barangan tersebut ;)
Sekiranya anda berminat untuk menyumbangkan barangan untuk dilelong, sila hantar email ke apple_blossom191@yahoo.com

Atau boleh hubungi :
Ore-021-02343437
Ain Arfah- 021-0379730

Untuk maklumat lanjut mengenai Roadshow Aman Palestin sila layari www.seedofislam.blogspot.com

Ayuh sama2 kita bukakan mata melihat Palestin kini, pinjamkan
telinga mendengar mengenai Palestin, ringankan tangan membantu
Palestin dan lembutkan hati dan ikhlaskan diri untuk hadiri
Roadshow Palestin.


“Untukmu doa2 kami wahai Al-Aqsho yang mulia dan Palestina yang
tercinta. Kami kan terus bersama mu…”

No comments: