Wednesday, October 7, 2009

usrah minggu lepas: al-hilmi (pun unintended)

ye rakan2 yg memahami (yg xphm, xpyh tny)
gelak dulu puas2
haha

lately ni, well,
kalu refer to my previous posts (oh dh delete aye?)
byk entry yg sgt emo
ye, ak mmg emo pn
(ske aumm2 bab kate yuyu ;p)
tp that doesnt mean that i like to stay that way
korang suke ke org emo?
x kn.
knp org emo?
sbb die kurg al-hilmi.

ape tu al-hilmi?
al-hilmi ialah......

i. Bahasa, iaitu

1. Tenang ketika marah atau menghadapi sesuatu yang tidak disukai. Sedangkan dia mampu untuk marah dan ada kuasa.

2. Tenang dan mendisiplin diri.

3. Akal (rasional). Terdapat dalam al-Quran:

Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melempar­kan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu. (at-Tur: 32)

ii. Al-Halim, Salah Satu Nama Allah

1. Al-Khoththobi berkata: Al-Halim (kata nama @ sifat bagi perkataan al-Hilmi) bermaksud, Yang mempunyai sifat pema'af dan tenang. Tidak digiat atau digugat oleh kema­rahan. Tidak pula dapat diperbodoh oleh kebodohan orang yang bodoh dan tindakan derhaka orang yang der­haka. Yang tenang, iaitu yang tidak gopoh menghukum. Akan tetapi Dia menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu itu ukuran tertentu dan ia tunduk kepadanya.

2. Al-Ghazali menambah: Al-Halim bermaksud, Yang tidak dihinggapi rasa marah dan tidak didorong oleh sikap gopoh dan tiada pertimbangan untuk cepat membalas dendam. Sedangkan Dia benar-benar mampu berbuat demikian (membalas dendam).

Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak mem­biarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak. (Fathir: 45)

- cuba bayangkan, kalau Allah swt tidak bersifat tenang dan pemaaf, kita semua ni yang banyak berdosa ni dah lama dimusnahkan kot. Takutkan?

iii. Sifat Al-Hilmi Pada Manusia

Sifat al-hilmi yang ada pada manusia menunjukkan kesem­purnaan dan penguasaan akal. Ia juga menun­jukkan kekuatan marah mengalah dan tunduk kepada arahan akal.

-kiranya x mengikut nafsu la tapi bertindak berdasarkan akal.kawalan nafsu yg mantap!


ingatkan nk rephrase balik ayat2 ni tp tbe2 malas la pule
knp pentingnya sifat al-Hilmi ni?
rasanya xperlula nk explain berjela2 sbb semua org pn bole fikir kn, knapa perlunya sifat sabar n tenang ni.

tapi kan..
ape tanda2 sifat al-hilmi ni?

1. Bersabar menghadapi gangguan orang-orang yang jahil dan tidak berdendam.

2. Menghormati pandangan orang yang tidak sependapat dengan kita.

3. Berusaha melihat aspek positif yang terdapat dalam pandangan yang tidak selari dengan pandangannya dan mengambil faedah daripadanya.

4. Kurang perbalahan dan pertelingkahan.

5. Dikasihi dan dihormati.

6. Mengaku kesalahan yang dilakukan dan berlaku adil terhadap diri.


tapi tu la kan,
kite ni,
perasaan berubah2.
kdg2 cool, kdg2 rasa cm nk cungkil2 biji mata org pun ade kn,
so ape nk buat bila rasa mcm nk emo, marah, aumm2??


Apakah Tindakan ketika Marah?

1. Berlindung kepada Allah daripada syaitan terkutuk.

2. Jika anda berdiri, duduk. Jika anda duduk, hendaklah ba-ring atau baring menelentang.

3. Tinggalkan tempat itu, jika anda belum merasa tenang.

4. Pergi dan berwuduk.

5. Lakukan solat dua raka'at dan panjangkan sujud.

6. Perbanyakkan do'a yang ma`tsur. Iaitu "Ya Allah, ya Tuhan kami, Tuhan nabi Muhammad s.a.w.. Ampunkan dosaku, hilangkan kemarahan hatiku dan peliharalah aku daripada kesesatan fitnah.”(cantik kan ayat dia?)


ye rakan2.
itulah al-hilmi
kalu nk suami penyabar
mungkin kne cari yg bernama hilmi kot? (pun intended)
or maybe not
haha

ok the point is,
kita haruslah tenang dan sabar ketika marah, walaupun kita sebenarnya berhak untuk rasa marah.
gunakan akal yang rasional, xpayah nk kalut2.
ingat ye, "sabar itu adalah pada permulaan".
so first reaction kita adalah sabar yeh.
tapi sabar pun berpada2.
jgnlah sampai kita ditindas or sampai kita diperbodohkan yeh.
berbaliklah semula kepada menggunakan akal yg rasional itu :)

selamat beramal!

8 comments:

Faraha Hamidi said...

hahaha. puns taken. lolzzz. nak suami yg name cenggitu ye?! kehkeh.

i like this post sha. sometimes i think i need friends to remind me.
sometimes i don't have to ask for it. it comes to me dlm bentuk ilham yg Allah bagi kat awk today to tell me.

lately ni kite pun emo. ade things coming up and i can't help but feel angry.

anyways,
syukran to u.

take care!
=D

Jo said...

nice post :)

mmg i deserve kena "tampar" pd waktu skrg thx

keep writing stuff like this - aku usrah mls gi... hehehe

Anonymous said...

belajar la menahan sabar..xde ruginya bila kita byk bersabar..

tetiba rasa nk emo, rasa nk mrh org tu normal la..tapi klo pndai kwal perasan tu dripada menyakitkn org len, amat2 la bgus..insyaAllah Allah akn syg org2 y sabar...

neway, aku link kn blog ko ke blog aku okeh!..

Sha said...

farah: xnk ok. haha
jo : what?? jo?? here?? surprise2! haha
kay: ye sile2. ak link ko gk la ye.

susah macamane pun,
kite kene berusaha kawal perasaan marah ye rakan2.
ingat, al-Hilmi tu perlu, even kalau kita berhak nk marah.
berlapang dada, bermanis bicaralah rakan2 :)

insyaAllah kalau ada kelapangan ak post la apa2 yg ak blaja time usrah untuk dikongsi bersama n sbgai peringatan utk ak juge :)

comot said...

hee menarik betul topik usrah awk tu..mesti sentap gle ble dgr tajuk tu kan?

tp memang ade baiknye kalau kite pandai kawal nafsu amarah kite..Allah tak suka orang yang melampaui batas ;)

Semoga sy dpt berjumpa dgn cik sha yang baru summer nnt..InsyaAllah

P/S: agak-agaknye org yg bernama Hilmi tu masih boleh bersifat al-hilmi tak lps bace komen kamu divatas? ;p

Sha said...

ateen: xde maknenye nk sentap2 nk pule. x perlu ok.
kn kite kene tenang n waras dlm setiap perkara ;p
haha
btw, xde cik sha baru la. same je dgn dulu.
oh jap. mungkin makin cantek?
LOL

hafiz CHouJi said...

*Chouji likes, then double-likes this entry*

Urm, al-Halim kalo direct translation dari Arabic maknanye lebih kepada gentle atau lemah lembut. Pemaaf ialah al-Ghafar.

But that is not the important point, just a correction I think need be shared.

But still, sifat lemah lembut memang associated dengan sifat penyabar. Kerana dari kesabaran itu akan menyerlahkan kelemah lembutan diri. Kan? :')

Sifat sabar dan pemaaf memang susah nak diterap dalam diri. Jadi kita kena usaha untuk capai matlamat nie.

Mulakan dengan diri sendiri dulu: Sabar dengan perkara yang menimpa diri, dan maafkan kekurangan dan kesilapan diri sendiri. Kalo berjaya, alhamdulillah. Lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan.

Everyone can do it untuk bersifat al-hilmi, and you too can be one. InsyaAllah. :')

Memetik pesanan Tok Penghulu: Berubahlah sedikit demi sedikit tapi perubahan itu kekal daripada berubah secara mendadak tetapi tak kekal.

NiNa ApRiL said...

cmne klu tjpe org name hilmi??? haha.....tp mmg sgt pybr n tenang je...